SPONSOR BY

Welcome To My Blog 1Malaysia1Stop

It's finished - Im newbie..This is my 1st blog..You can see the new home of 1malaysia1stop web a personal and community site..The new web address is http://1malaysia1stop.blogspot.com. Please, if you can, visit and have a look around maybe leave me a comment (hint, hint!) join me at my facebook and twitter..


Visit Facebook Pages
www.facebook.com/pages/1malaysia1stop/158792287504745

Visit Blogspot
http://1malaysia1stop.blogspot.com

SPONSOR BY

Great Eastern

Great Eastern
PERLINDUNGAN yang betul pasti memberikan jaminan untuk masa depan yang tidak dapat dijangka. Bukan saja perlindungan untuk mental dan emosi, malah pada zahirnya membabitkan fizikal yang memerlukan sedikit pengorbanan dalam aspek kewangan. justeru, salah satu bentuk perlindungan ialah insurans.. Antara kepentingan2 insurans ialah : 1. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya 2. Suatu tabung persaraan 3. Suatu pelan perubatan/kesihatan 4 Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh. jika anda inginkan maklumat lnjut..hubungi saya di 016-6404460 ~Perlindungan insurans menjamin masa depan anda~

Sahabat 1malaysia

Sertai sahabat 1malaysia secara percuma sekarang untuk menikmati pelbagai ganjaran menarik..

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.sahabat1malaysia.com

1001 KISAH TELADAN - BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.